Order Form

Order Type New Order
Add Order
Name:
Email Address:
Contact No:
Address:
Product Name(s)/ Product Code(s)/ Qty(s):
Alternative Code (Jika produk yang anda mahukan kehabisan stok, sila maklumkan YES/ NO untuk penggantian):
Payment Mode:
When will you settle the payment:
Confirmation (Before placing order, make sure you read and understood the terms and conditions):

Put a website form like this on your site.

Tuesday, 5 March 2013

Tips Bertudung & Cara Bijak Memilih Tudung

Dalam entry kali ini jom kite bercherita mengenai tips bertudung dan cara yang bijak dalam membuat pemilihan tudung. Nak cantik dan g0jes selalu kena lah kaji dari akar umbi nye yer kawan-kawan gojes sekalian. Secara asasnya pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik,warna,saiz,corak,bentuk muka dan gaya si pemakaian. Jadi di bawah ini beberapa tips untuk kekawan semua dalam menggayakan tudung pilihan anda semua, cuba kita lihat apa yang pentingnya tips-tips di bawah ini:


TIP 1:

Jika kita memakai baju yang bercorak atau berbunga,
padankanlah dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu. Contohnya,jika warna hijau paling sedikit di baju kamu,pilihlah tudung warna hijau.
 
 
TIPS 2:

Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi,
pilihlah tudung polos atau kosong yang
berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.

TIPS 3:

Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap
dan kusam untuk mengelakan kamu dari
kelihatan sudah berusia atau matang.


TIPS 4:

Bagi wajah yang berbentuk bulat,
pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia adalah untuk mengelakkan wajah kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.

TIPS 5:

Bagi yang berkulit putih,disyorkan memakai
tudung berwarna hijau,ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas!Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.

TIPS 6:

Bagi yang berkulit kuning langsat,pemakaian tudung berwarna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas!Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

 
TIPS 7:

Buat pemilik kulit sawo matang,
warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang. Awas!Cuba elakkan memakai tudung
berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.

 
TIPS 8:

Pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah
kerongsang selepas pinkan tudung.
Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti menggelembung.

 

5 CARA BIJAK MEMILIH TUDUNG.

1- Pilih fabrik atau kain yang sesuai dan selesa dengan kamu. Pilihan terbaik ialah kain bawal (kasa atau voile). Selain itu, kamu boleh pilih jenis sutera,sifon,viscose atau cita campuran.
 
2- Sesuaikan dengan keadaan cuaca di tempat kamu.
Jika di Malaysia,kain bawal atau kasa amat sesuai.
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan kita mudah berpeluh.
Kain bawal mempunyai ciri-ciri pengudaraan yang baik dan menyerap peluh.
Ia juga memudahkan pengaliran udara
keluar dan masuk.

3- Pilih fabrik yang melekap pada rambut.
Secara tak langsung tudung akan terletak cantik di atas kepala kamu.

4- Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam jangka masa yang panjang.
Ia dapat mengelakkan tudung daripada berkedut.
Percayalah kamu akan kelihatan sentiasa elegan jika pilih fabrik yang betul.

5- Pilih fabrik yang boleh memelihara kesihatan rambut.
Jadi walaupun bertudung, rambut kamu akan kekal
sihat.


Sekian,

lots of love,
~admin~

sumber: tak ingat da dtp dr majalah mana..



 








 

 
 


No comments: